Fakulti Sains Kesihatan merupakan Fakulti pertama di negara ini yang menawarkan program-program Sains Kesihatan secara komprehensif. Kampusnya terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja Muda Abdul Aziz bersama-sama Fakulti Perubatan (Praklinikal), Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi.
Sehingga kini, Fakulti Sains Kesihatan menawarkan 11 program Prasiswazah, 2 program Diploma Pascasiswazah, 5 program Sarjana secara kerja kursus, 2 program Sarjana secara kerja kursus dan tesis, 8 program Sarjana secara penyelidikan, dan 8 program Doktor Falsafah.






